Kursus Transformasi Badan Level 2
- Regular price
- RM 899.00
- Sale price
- RM 899.00
- Regular price
-
RM 1,000.00
Share
Kursus Transformasi Badan Level 2 ialah program lanjutan selama 2 hari yang direka khas untuk anda yang ingin meningkatkan kemahiran dalam merancang program transformasi badan secara lebih sistematik, selamat dan efektif.
Jika Level 1 membina asas dalam fat loss, pemakanan dan latihan, Level 2 akan membawa anda lebih jauh kepada proses transformasi badan... bermula daripada screening sebelum seseorang memulakan latihan, mengenal pasti limitasi dan kelemahan fizikal, memilih protokol latihan yang sesuai, sehinggalah merancang strategi pemakanan dan suplementasi yang lebih advanced.
Antara topik yang akan dipelajari:
• Screening dan penilaian sebelum memulakan program latihan
• Mengenal pasti limitasi pergerakan, ketidakseimbangan dan kelemahan fizikal klien
• Pemilihan protokol latihan untuk masalah tertentu seperti sakit lutut, kelemahan kaki dan limitasi pergerakan
• Kaedah merancang fasa accumulation untuk fat loss dan hypertrophy
• Manipulasi volume, tempo, rest interval dan exercise selection mengikut objektif klien
• Strategi advanced nutrition untuk menyokong fat loss, pembinaan otot, prestasi dan pemulihan
• Penggunaan suplementasi secara lebih targeted berdasarkan keperluan dan objektif individu
• Kajian kes dan aplikasi praktikal untuk membantu anda membuat keputusan dalam situasi sebenar
Kursus ini bukan sekadar menambah koleksi exercise atau memberikan template program untuk diikuti.
Matlamat utama Level 2 adalah untuk membina keupayaan anda berfikir, menilai dan membuat keputusan sebagai seorang pakar transformasi bada,. supaya anda tahu mengapa sesuatu protokol digunakan, bila ia sesuai digunakan, dan bagaimana untuk mengubahsuai program berdasarkan keadaan serta respons individu.
Tarikh: 19–20 Disember 2026
Tempat: Peak Human Performance, Kuala Lumpur
Penyertaan adalah terhad kepada 20 peserta sahaja bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang lebih fokus, interaktif dan praktikal.
SYARAT PENYERTAAN
Kursus Transformasi Badan Level 2 hanya terbuka kepada bekas peserta Seminar Fat Loss atau Kursus Transformasi Badan Level 1.
Jika anda sudah mempunyai asas dan bersedia untuk meningkatkan ilmu, kemahiran serta keyakinan dalam mengendalikan klien dengan situasi yang lebih kompleks, Kursus Transformasi Badan Level 2 adalah langkah seterusnya dalam perjalanan anda sebagai seorang coach.